Monday, June 1, 2009

Merajuk

Tadi ada kelas tambahan bahasa arab di sekolah. Mak aku hantar, pastu jumpa kawan-kawan. Sekolah sunyi betul. Nak tahu sebab apa? Sebab hari ni cuti.

Ustazah Rodziah sampai, Ustazah mengajar kitaorang. Masa ustazah mengajar, aku ada cakap-cakap juga. Aku cakap dengan Syafiq dan Mea. Kerana mereka di sebelah aku. Aku ni seorang yang asyik happy je, mestilah asyik kena cakap-cakap dengan orang lain, pastu buat lawak. Masa aku cakap-cakap dengan Syafiq, dia macam tak layan aku, pastu dia berkata, "Faris, aku nak buat kerja Faris." (masa tu ustazah bagi kerja) Aku pun layan Mea pula, aku kata apa entah. Selepas itu, Mea pun kata apa entah, tapi aku rasa dia suruh aku diam lah kot.

Aku pun terasa. Pastu aku kata aku tak nak bercakap lagi ngan diorang. Begini rupanya :-

Aku : Ok, aku dah tak nak cakap dengan korang lagi dah!
Syafiq : Dah tak nak cakap, tapi masih bercakap.
Mea : Entah.

Selepas tu, aku dah tak cakap dengan sesiapa pun. Da lama2... Syafiq macam nak pujuk aku. But it won't work this time. Mea pula asyik kacau aku je. Dia conteng kertas aku " Faris Busuk". Aku tahu lah tulisan dia lawa kan? kalau nak dibandingkan dengan aku.

Selepas tu, Ustazah tahu yang aku da lama tidak bercakap. Ustazah datang dekat kitaorang kemudian berkata kepada Mea :

Ustazah : Mea, tak baik buat Faris macam tu, dah la Faris hensem.
Mea : Faris bising-bising, pastu kacau saya dengan Syafiq.
Aku :( berdiam diri sahaja sambil tidak berkata apa-apa)
Ustazah : Minta maaf balik dengan Faris.

Selepas habis kelas, semua orang pergi berjalan ke luar kawasan sekolah. Aku sudah bermula bercakap-cakap dengan orang dan mula bergambar. Mea tidak ada transport untuk balik. Dia menumpang Uztazah. Afiq dan Muaz juga menumpang Ustazah. Aku? aku jalan kaki ke kedai dulu, baru balik berjalan kaki.

Masa aku on the way nak balik, Ustazah berhenti tepi jalan, aku nampak Mea tergelak-gelak. uaAku kemudian menaiki kereta Ustazah. Ustazah menghantar aku balik. Selepas itu, kami sudah sampai ke rumah aku. Selepas itu, aku berkata " Ustazah, tadi saya duduk diam dalam kelas sebab nak tumpukan perhatian. Tapi Mea ni risau sangat." Ustazah dan Mea gelak-gelak.

Kesimpulannya, apabila rakan-rakan aku menyuruh aku duduk diam kerana aku ni cakap banyak sangat. Aku terfikir, aku ni memang banyak cakap dan mungkin ada yang menyampah dengan aku. Jadi aku berazam untuk mengurangkan percakapan saya dan cuba mengurangkan mengacau orang lain.

To Syafiq and Mea, sorry sebab kacau korang berdua dalam kelas tadi. Tapi tadi aku dah duduk diam kan? Tapi sebenarnya lagi bagus aku duduk diam masa belajar, sebab boleh tumpukan perhatian semasa guru sedang mengajar.

Bye :D

No comments: