Powered By Blogger

Saturday, September 26, 2009

alam siber

dulu kat myspace, nama aku jo. tp skrg ni aku da tukar kepada Jo Finch McDoyle.
tp nama ni digunakan utk disguise dlm alam siber je. tetapi Faris Aiman Elias adalah nama aku yg digunakan dlm dunia realiti. nama ni digunakan utk isi borang2 penting.

still don't get it?

Jo Finch McDoyle = Faris Aiman Elias

alaa, mcm dr. jekyll and mr. hyde tu.

www.myspace.com/far15_94

Hari Raya

hai, tahun ni aku raya kat kota bharu. tahun ni aku rasa x brape best sgt la raya. yela, nak pmr. tahun ni aku pecah rekod dunia, iaitu tidak bermain mercun walaupon abang sedara aku supply mercun yg paling latest dan power sekali.

aku juga bwk balik buku utk blaja dan buat lthn. aku blaja ngan sedara aku. dia pon nak pmr gak tahun ni. pas2 atuk aku hadiahkan aku 2 kain pelikat. pas2 aku beli lagi kat kmpg aku, aku beli 4 kain pelikat. 4 + 2 = 6. aku dpt 6 kain pelikat.

aku dan sedara2 aku juga stayed up late at night pas2 tgk video2 hantu kat youtube smpi menjerit-jerit. best giler siot.

aku nyer investment (duit raya) semakin berkembang dan bertambah maju.

masa bulan puasa, berat aku turun dr 75 hingga 70. pas2 raya, makan mcm2, kuih, nasi, dan makaroni bakar. aku balik shah alam dan check. berat aku sudah naik balik hingga 74.
74-70=4. aku naik 4 kilo.

lagi 12 hari nak pmr. aku rasa mcm dah x sabar pulak nak pmr. sbb slps pmr, mcm2 bnda aku nak buat. aku tgk kwn2 aku mcm dah x online je myspace. aku je yg online. yela, mgkin diorang tgh blaja. tp klau x online tp x blaja baik x payah. baik online atau tido je tros.

Thursday, September 17, 2009

Leaving

OK, kat sekolah aku, byk cikgu aku da berpindah dan akan berpindah serta akan bersara.
Ustaz Ibnu Muez, Ustaz Mustafa Kamal, dan Datin Jamaliah. (yg da pindah)
Cikgu Mustapha Kamal ( yg akan pindah)
Puan Hajah Alawiyah (yg akan bersara)

nnti sekolah aku akan ada guru besar dan penolong kanan yg baru.

kau tau x ini menunjukkan apa?
ini menunjukkan bahawa aku pon kena pindah sekolah jugak tahun dpn.
jika aku dpt result bagus dlm PMR la.

doa2 kan aku berjaya ye. mudah-mudahan kamu memperoleh perkara yang sama.

PMR RAYA

Haihh, sabtu ni aku dah nak balik kelantan da...
lagi 20 hari je nak pmr.

aku plan pada pagi raya nnti, aku g smayang raya.
pas2 apabila smua org saling berkunjungan dan tgh happy2.
aku duduk dlm bilik membuat latihan serta study sekali.

walaubagaimanapun, saya ingin mengucapkan

Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir Dan Batin.


jika aku ada buat salah silap kat korang seperti mencaci, mengutuk, mengumpat, menghina, dan sebagainya. yelah, nobody's perfect.

Saturday, September 12, 2009

lagi 8 hari nak habis puasa. sedih btol la, pmr da dekat.
masa tu ada ceramah kat sekolah, nak suroh bdak2 insaf. ramai org menangis sbb cdey sgt.
mgkin mereka da insaf. dan sape yg x dtg hari tu, mgkin dia blom insaf.

Attack of the Cockroaches

HAHA. syafiq pnah gtau aku yg dia geli kat lipas. dia geli kat lipas, bukannya lipase ye. dahla lipas tu badan dia camtu, pas2 dia nyer kaki tu menggelikan. misai dia pon skali. mcm doraemon punya.

masa tu kiteorg kat kelas, aku ngan dia tgh talking. tibe2 wani menyampok, dia kate ada lipas kat sebelah kiri syafiq. tp aku tgk tu cuma lipas baby je. syafiq lari. lipas tu terbang di dpn mata aku. aku terkjot giler. aku pon join syafiq lari.

tp tu bukan yg aku nak ceritakan, aku pon ada sejarah lipas aku.

1. masa aku tadika dulu, aku baru nak kluar dr rumah nak g skola kindergarten. tnpa aku sedari, ada lipas jatuh atas songkok aku dr siling. mak aku kate ada lipas atas songkok aku. aku sapu2 secara panik. pas2 mak aku kate lipas tu da xde.




2. kisah ni berlaku masa aku sekolah rendah pula. masa tu aku, mak aku, dan adik aku tgh tgk tv. biasanya kat rumah aku tu, aku cuma jumpa seekor atau 2 lipas je. tp pada hari tu, byk giler lipas dtg menyerang. ketika aku sdg tgk tv, aku pegang selimut favourite aku. tibe2, kluar seekor lipas dr brg perabot kat situ. tibe2 kluar lagi, pas2 kluar lagi, and then another, and then another. mak aku amik spray nyamuk. mak aku spray. lipas2 tu da mula mabuk. lipas2 tu berterbangan dlm bilik tu. hati aku berdegup kencang giler2 in an instant. seekor drpd lipas2 tu terbang menuju aku. aku menjerit aaaaaa!! smbil menyelimuti diri aku ngan kain selimut tu.

The cockroches are everywhere!! on the ceiling, on the floor, flying, and even in my brother's pants!! x la, main2 je. adik aku pon lari ntah ke mana. aku tutup badan aku buat seketika, hoping lipas2 tu x serang aku. mak aku kate lipas2 tu da xde. tibe2 ilang lipas2 tu. mesti Captain Cockroach tu suroh tentera2 dia retreat sbb byk yg da kena spray. haihh, slps ni apa pulak?

betol kate syafiq, ini adalah revolusi lipas.
But this is only just the beggining.
A new revolution of cockcroches awaits us.

Kisah benar

Saya sangat mengkagumi kerjaya sebagai guru sekolah. Sebuah kisah yang saya paparkan ini saya ulangi dari kisah benar seorang guru beberapa tahun yang lalu. Ceritanya: Saya mengajar di sekolah rendah di tengah2 bandaraya Kuala Lumpur. Saya mengajar sesi petang. Salah seorang murid saya setiap hari datang lambat ke sekolah. Kasut dan bajunya selalu kotor. Setiap kali saya bertanya tentang baju dan kasutnya dia hanya berdiam diri. Saya masih bersabar dengan keadaan pakainnya, tetapi kesabaran saya tercabar dengan sikapnya yang setiap hari datang lambat. Pada mulanya saya hanya memberi nasihat. Dia hanya menundukkan kepala tanpa berkata2 kecuali anggukkan yang seolah2 dipaksa. Kali kedua saya memberi amaran, dia masih juga mengangguk tetapi masih juga datang lambat keesokannya. Kali ketiga saya terpaksa menjalankan janji saya untuk memukulnya kalau masih lambat. Anehnya dia hanya menyerahkan punggungnya untukdirotan . Airmata saja yang jatuh tanpa sepatah kata dari mulutnya. Keesokan harinya dia masih juga lambat, dan saya memukulnya lagi. Namun ia masih tetap datang kesekolah dan masih tetap lambat. Suatu hari saya bercadang untuk mengintipnya ke rumahnya. Setelah mendapatkan alamatnya, saya meneruskan niat saya. Dia tinggal di sebuah kawasan setinggan tidak berapa jauh dari sekolah. Keadaan rumahnya sangat daif. Saya nampak murid saya itu sedang berdiri di depan rumahnya dalam keadaan gelisah. Seorang wanita yang mungkin ibunya juga kelihatan gelisah. Lebih kurang pukul 1.30 seorang anak lelaki sedang berlari2 sekuat hati menuju ke rumah itu. Sambil berlari dia membuka baju sekolahnya. Sampai di depan rumah baju dan kasutnya diserahkan pula kepada murid saya yang terus bergegas memakainya. Sebelum pakaian sekolah sempurna dipakai, dia sudah berlari ke arah sekolah. Saya kembali ke sekolah dengan penuh penyesalan. Saya memanggil anak itu sambil menahan airmata yang mula tergenang. "Maafkan cikgu. Tadi cikgu pergi ke rumah kamu dan memerhatikan kamu dari jauh. Siapa yang berlari memberikan kamu baju tadi?" Dia terkejut dan wajahnya berubah. "Itu abang saya. Kami kongsi baju dan kasut sebab tak ada baju lain. Itu saja baju dan kasut yang ada. Maafkan saya, cikgu." Jawabnya "Kenapa kamu tak beritahu cikgu dan kenapa kamu biarkan saja cikgu pukul kamu?" " Mak pesan, jangan meminta2 pada orang, jangan ceritakan kemiskinan kita pada orang. Kalau cikgu nak pukul serahkan saja punggung kamu." Sambil menahan airmata yang mula berguguran saya memeluk anak itu, "Maafkan cikgu, ......." Kejadian itu cukup menginsafkan saya. Selepas itu saya cuba membantunya setakat yang mampu. Cerita2 begini membantu melembutkan hati yang keras.


Kata seorang guru, sekiranya hati kita mula keras lembutkanlah dengan perkara2 berikut;
i. Solat sunat
ii. puasa sunat
iii. berzikir iv. bersedekah
v. mengusap rambut anak yatim
vi. mendengar cerita2 kesusahan orang lain
vii. membantu orang susah

Saturday, September 5, 2009

Cell phone rosak

ok la, bnda ni berlaku lama giler. masa tu aku bwk basikal ketika hujan. dlm poket aku ada phone aku. phone aku msk air. pas2 rosak, pergi baiki. org yg baiki tu kate, walaupon da baiki phone ni, nnti lama2 dia akan rosak balik.

pas2 smlm phone aku rosak lagi. benarlah kate2 org baiki tu. aku da xde pilihan lain selain drpd membeli phone baru. jadi skrg ni aku tgh buat research dan servey utk cari phone baru. afiq kate sony ericsson G507.

aku g kedai, pas2 tnyer la model tu. rupanya model tu sebiji mcm phone mea. aku tros reject phone tu. ada phone yg walkman ni 8.1 megapixel. canggih gila siot. tp aku x berkenan langsung.
ada phone yg flip ni, aku berkenan la jugak. tp 3.2 megapixel.

tp aku x jd beli. sbb aku nak buat research la dulu. org yg kat kedai tu suroh aku search model sony ericsson :-

W508
W705
W995
C903

ayah aku kate x yah. dia suroh aku guna phone dia yg lama tu. mana boleh, phone dia yg lama tu mcm phone utk orang tua. dia kate mana boleh asik tukar2 phone je. pas2 aku buat muka. mak aku pujok ayah aku. pas2 ayah aku kate "beli la".

Kencing dalam masjid

masa tu aku n family aku g terawikh kat negeri. pas2 adik aku nmpk budak kecik ni. dia masih kecik la. budak tu dia kencing dlm masjid. mgkin sbb dia x tahan. yela, x kan la dia nak g toilet sorang2, dah la masjid tu besar. nnti kena culik pulak. pas2 mgkin dia x tau ibubapa dia dkt mana.

dia pon kencing, 2 pak guard yg jaga saf budak kecik nmpk dia. diaorang amik budak tu pas2 letak dlm baldi, takut air kencing tu menitis. pak guard tu amik budak dlm baldi tu turun bwh. yg ni adik aku yg cerita.

apabila selesai solat, aku nmpk la bnda kon "warning! wet floor". aku plik, asl bnda tu atas carpet lak? pas2 aku lalu dkt tmpt budak tu kencing.pas2 aku sentuh kon tu. tp aku x tau lagi cerita dia masa tu. masa balik baru la adik aku cerita pasal cerita kencing tu.

aku harap aku x terpijak air kencing tu.